Terbuka Barcelona: Nadal, Murray Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 8:16 AM

Rafael Nadal. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

RAFAEL Nadal berjaya mara ke suku akhir Terbuka Barcelona selepas mengalahkan pemain dari Afrika Selatan, Kevin Anderson.

Pemain dari Sepanyol itu menundukkan Anderson 6-3 dan 6-4, sekali gus menjadi kemenangannya yang ketujuh berturut-turut di gelanggang tanah liat.

"Ini bukan hari di mana saya mendapat banyak mata, kerana gelanggangnya sangat mencabar.

"Tetapi saya mampu melakukan servis dengan baik, bersama ketangkasan dan juga perubahan arah yang baik," kata Nadal selepas pertandingan.

Dalam suku akhir, juara bertahan itu akan berdepan pemain Korea Selatan, Hyeon Chung.

Chung mara selepas mengalahkan pemain muda dari Jerman, Alexander Zverev 6-1 dan 6-4.

Dalam satu lagi perlawanan, Andy Murray juga meraih kemenangan dengan menundukkan Feliciano Lopez 6-4 dan 6-4 selepas bermain selama dua jam.

Sebelum ini, pemain nombor satu dunia itu mara ke pusingan kedua tanpa bermain disebabkan Bernard Tomic menarik diri akibat kecederaan.

Murray akan berdepan pemain nombor 19 dunia, Albert Ramos-Vinolas.

Jika Murray dan Nadal berjaya dalam pusingan-pusingan seterusnya, kedua-dua mereka akan bertemu dalam perlawanan akhir.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan