Chong Wei Jumpa Lin Dan Di Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 9:27 PM

Chong Wei berseloroh dengan pesaingnya dari China, Lin Dan (kanan) sebelum Kejohanan Badminton Dunia 2013 bermula.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan membuat perhitungan dengan musuh tradisinya, Lin Dan dari China di separuh akhir selepas masing-masing melepasi halangan suku akhir mereka di Kejohanan Asia di Wuhan, China pada Jumaat.

Chong Wei yang juga juara bertahan, mengetepikan cabaran Hsu Jen Hao dari Taiwan 21-18, 21-13 manakala Lin Dan menewaskan seorang lagi pemain Taiwan, Chou Tien Chen 21-14, 21-12 di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Sebagai rekod, kedua-dua pemain ini telah bertemu 38 kali dengan yang terbaru di final Terbuka Malaysia awal bulan ini yang menyaksikan pemain China itu menang 21-19, 21-14.

Chong Wei adalah satu-satu wakil negara yang meneruskan cabaran di kejohanan ini selepas dua lagi wakil tewas kepada lawan masing-masing.

Pilihan keenam beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tewas 11-21, 19-21 kepada pilihan ketiga, Lu Kai-Huang Yaqiong dari China manakala Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei tunduk kepada pilihan utama beregu wanita, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi dari Jepun 16-21, 10-21.

Cabaran negara dalam acara beregu lelaki dan perseorangan wanita berakhir di pusingan awal lagi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kejohanan Asia , Lee Chong Wei , Lin Dan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan