Sharapova Catat Kemenangan Selepas 18 Bulan Digantung

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain No.1 dunia, Maria Sharapova mencatat kemenangan ke atas Roberta Vinci 7-5 6-3 pada aksi pertama Terbuka Stuttgart selepas penggantungannya.

Biarpun terpaksa bekerja keas pada set pertama, Sharapova mampu mula mendapat rentak permainannya dan kelihatan lebih tenang untuk mencatat kemenangan.

Bintang Rusia itu kembali ke gelanggang setelah digantung 18 bulan  kerana kesalahan penggunaan bahan terlarang pada tahun 2015.

Bagaimana pun kemunculannya itu mendapat kecaman daripada beberapa pihak yang menganggap tidak adil untuknya mendapat wild card menyertai aksi di Stuttgart ini.

Tags / Kata Kunci: Maria Sharapova , Rusia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan