Kejohanan Asia: Chong Wei Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 8:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei meneruskan kemaraan apabila melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia selepas menewaskan  Kenta Nishimoto 22-20, 21-12 di pusingan kedua di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di China, Khamis.

Pemain berusia 34 tahun itu mengambil masa 44 minit untuk mengesahkan tempatnya, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Turut mengiringinya ke suku akhir ialah beregu wanita utama negara, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei yang terpaksa bekerja keras sebelum menang 16-21, 21-14, 21-16 ke atas pasangan tuan rumah, Huang Yaqiong-Tang Jinhua.

Beregu campuran nombor dua negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Jepun, Kenta Kazuno-Ayane Kurihara 21-11, 21-8.

Bagaimanapun, nasib berbeza dialami pemain lain termasuk beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang gagal meneruskan cabaran.

V Shem-Wee Kiong tewas mengejut 19-21, 16-21 kepada pasangan kurang dikenali dari China, Huang Kaixiang-Wang Yilyu. Keputusan pusingan kedua:

(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinamakan dan [ ] adalah senarai pilihan)

Perseorangan lelaki:

[2] Lee Chong Wei mn Kenta Nishimoto 22-20, 21-12

[8] Angus Ng Ka Long (HK) mn Chong Wei Feng  21-18, 21-9 

Beregu lelaki:

[6] Li Junhui-Liu Yuchen (CHN) mn Ong Yew Sin-Teo Ee Yi  13-21, 21-17, 21-15 

Huang Kaixiang-Wang Yilyu (CHN) mn [2] Goh V Shem-Tan Wee Kiong 21-19, 21-16

Perseorangan wanita:

[6] Ratchanok Intanon (THA) mn Soniia Cheah  21-18, 21-7

Beregu wanita:

Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei mn Huang Yaqiong-Tang Jinhua (CHN) 16-21, 21-14, 21-16

Beregu campuran:[6] Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mn Kenta Kazuno-Ayane Kurihara (JPN) 21-11, 21-8.

Tags / Kata Kunci: Kejohanan Asia , Lee Chong Wei

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan