Hentikan Spekulasi, Beri Kesempatan Kami Bincang - Norza

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 9:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi dan memberi peluang kepadanya dan pemangku presiden, Tan Sri Mohamed Al Amin Majid berbincang untuk menyelesaikan kemelut pemilihan pemimpin badan induk sukan itu.

Beliau mengakui akan bertemu Mohamad Al Amin pada Rabu untuk menyelesaikan isu tersebut yang menjadi tumpuan selepas masing-masing belum menunjukkan tanda mahu berkompromi dalam perebutan jawatan tertinggi itu di Mesyuarat Agung Tahunan BAM pada 29 April ini.

Mohamad Norza yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata hasil pertemuan tersebut akan dibincangkan dengan anggota Exco BAM terlebih dahulu sebelum diumumkan kepada media.

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi, berilah kesempatan kepada saya dan Tan Sri (Mohamed Al Amin) untuk berbincang dalam suasana yang baik tanpa ada syak wasangka.

"Pertemuan hari ini adalah perbincangan untuk mencari penyelesaian yang terbaik terhadap kemelut kepimpinan BAM ini. Namun keputusan perbincangan itu mungkin mengambil sedikit masa sebelum didedahkan," katanya.

Mohamad Norza berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian penajaan dan penyampaian insentif Kelab Badminton Petaling Jaya di Wisma OCM di sini Rabu.

Beliau mendedahkan akan menemui Mohamed Al Amin secara tertutup di sebuah lokasi di Petaling Jaya.

Sementara itu, mengulas kenyataan bekas Presiden BAM Tan Sri Elyas Omas yang membidas kewujudan ''gentlemen''s agreement'', Mohamad Norza berpendapat tradisi pemilihan pucuk pimpinan BAM harus diteruskan yang mana peralihan kuasa itu berlaku secara sebulat suara dan tidak melibatkan sebarang pertandingan.

Pada Selasa, Elyas Presiden BAM dari 1985-1993 menyifatkan perjanjian itu sebagai ''pengecut dan tidak demokratik'' kerana beliau sendiri bertanding dua kali menentang Tan Sri Mohd Khir Johari dalam dua penggal yang dipegang.

Katanya, Mohamed Al-Amin serta Mohamad Norza telah menyatakan pendirian untuk menggantikan Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan tiada siapa termasuk Majlis BAM mempunyai hak untuk menghalang kedua-duanya bertanding mengisi jawatan utama badan induk itu.

Elyas juga menyarankan sekiranya Mohamed Al Amin dan Mohamad Norza bersungguh-sungguh mahu menjadi presiden baharu BAM, persatuan itu harus memberi hak kepada ahli gabungan untuk membuat pilihan mereka.

Sebagai rekod, tradisi pemilihan tanpa pertandingan di BAM hanya diamalkan selepas Elyas ''diketepikan'' dan digantikan Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan pada 1993 diikuti Tan Sri Mohamad Nadzmi Salleh pada 2000 dan Tengku Mahaleel pada 2013. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: BAM , Norza Zakaria , Mohamed Al Amin Majid

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan