Nicol Ketuai Skuad Negara Dalam Dua Aksi Dunia

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 8:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David akan mengetuai cabaran skuad negara ke Kejohanan Skuasy Beregu Dunia yang akan berlangsung di Manchester, England dari 1 hingga 5 Ogos.

Nicol akan berpasangan dengan Rachel Arnold dalam acara beregu wanita sementara pasangan lain terdiri daripada Mohd Nafiizwan Adnan-Ivan Yuen dan Muhammad Syafiq Kamal-Ng dalam beregu Lelaki.

Dalam acara beregu campuran, Malaysia menyandarkan harapan kepada Rachel dan Ivan.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S.Maniam berkata kejohanan itu akan memberi gambaran keseluruhan mengenai kedudukan pasangan Malaysia dalam sirkit beregu antarabangsa.

"Ini merupakan kejohanan beregu utama yang pertama disertai Malaysia tahun ini.

Kejohanan itu menjadi pentas yang baik sebagai persiapan atlet Sukan SEA menghadapi cabaran yang mendatang.

"Ia sebagai persediaan paling berkesan untuk pasukan yang menyertai Sukan Komanwel yang akan diadakan tahun depan di Gold Coast, Australia," kata Maniam dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum kejohanan Beregu Dunia, skuad negara akan menyertai temasya Sukan Dunia di Wroclaw, Poland dari 25 hingga 28 Julai.

Untuk rekod, Nicol telah menyertai tiga Temasya Sukan Dunia yang lalu dengan mencatatkan hattrick meraih emas di Jerman (2005), Taiwan (2009) dan Colombia (2013) sementara Azlan Iskandar yang telah bersara, menggondol gangsa pada 2009.

"Nicol dijangka sekali lagi mempertahankan pingat emas bagi kali keempat tahun ini yang akan melakar rekod.

Bagi pemain lelaki, kita menyandarkan harapan kepada Wan (Mohd Nafiizwan) atau Ivan untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir," kata beliau.

Temasya Sukan Dunia menyaksikan penyertaan sejumlah 33 negara sejak ia mula diperkenalkan pada 1997 kecuali bagi tahun 2001 apabila skuasy tidak dipertandingkan sebagai acara dalam Sukan Dunia.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan