Nicol Kandas Di Suku Akhir

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 9:42 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David terkandas di pusingan suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2017 yang berlangsung di Pusat Skuasy El Gouna, Mesir.

Nicol yang juga pemain ranking keenam dunia tewas 6-11, 5-11, 9-11 kepada pemain remaja Mesir, Nouran Gohar pada Selasa.

Ia adalah tahun kedua berturut-turt Nicol, 33, tersingkir pada pusingan suku akhir selepas tewas kepada pemain No.1 dunia, Nour El Sherbini di peringkat sama di Kuala Lumpur tahun lalu.

Nouran yang juga pemain ranking kelima dunia akan bertemu Nour sekali gus menyaksikan ulangan separuh akhir yang sama seperti tahun lalu.

Nour, 21, mara ke separuh akhir selepas mengatasi pemain England, Sarah Jane Perry 11-6, 11-3, 12-10 pada aksi suku akhir.

Tags / Kata Kunci: Nicol Ann David , skuasy

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan