Beri Ruang Saya, Al-Amin Cari Penyelesaian - Norza

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 7:00 AM

Norza (kanan) dan Al-Amin berjabat tangan selepas mesyuarat Majlis BAM di Kuching baru-baru ini. foto ZULAZHAR SHEBLEE/THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria meminta agar beliau dan Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid diberi ruang secukupnya dalam mencari penyelesaian terbaik berhubung 'gentlemen's agreement' untuk jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Timbalan Presiden BAM itu memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Mohamed Al-Amin yang merupakan Pemangku Presiden BAM, berhubung isu berkenaan sebelum mesyuarat agung tahunan BAM yang dijangka diadakan akhir bulan ini.

"Setakat ini, tiada apa-apa perkembangan lagi dan sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, bagi tempoh kepada saya dan Al-Amin untuk mencari penyelesaian (terbaik)," katanya.

Mohamad Norza yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Anggota Lembaga Eksekutif MOM di Wisma OCM, di sini Selasa.

Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang berehat daripada memegang jawatan Presiden BAM sejak Oktober 2015 sebelum ini dilaporkan membuat perjanjian dengan dua pemimpin tertinggi persatuan berkenaan.

Menurut perjanjian itu, Mohamed Al-Amin yang juga Timbalan Presiden BAM akan memangku jawatan presiden sehingga tamat Sukan Olimpik Rio 2016 atau berakhir penggal jawatankuasa sedia ada, dan perlu memberi laluan kepada Mohamad Norza.

Bagaimanapun, Mohamed Al-Amin yang turut berminat menduduki kerusi nombor satu BAM itu, menafikan beliau terbabit dengan perjanjian berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata badan induk itu akan mengadakan pertemuan dengan Amelia Alicia Anscelly dalam tempoh terdekat susulan tindakan pemain beregu wanita itu memutuskan untuk keluar daripada naungan BAM menerusi satu kiriman surat, Ahad lepas.

Amelia, 28, dilaporkan berbuat demikian kerana dikatakan kecewa dengan keputusan jurulatih beregu negara yang kerap menukar pasangannya sehingga menjejaskan prestasi beliau dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

"Saya sudah menerima salinan surat berkenaan daripada Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen semalam (Isnin), dan Amelia dalam suratnya menyatakan beliau mahu meneruskan karier di luar (BAM).

"Saya sudah beritahu Frost, kita akan bawa isu ini dalam mesyuarat Kejurulatihan dan Latihan BAM akan datang dan saya akan menghubungi Amelia, apa masalah beliau sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut," tegas Mohamad Norza sambil memaklumkan BAM belum bersedia melepaskan Amelia buat masa ini.

Sementara itu, Mohamad Norza memberi amaran kepada pemain muda negara terutama dalam acara perseorangan untuk memperbaiki prestasi pada Terbuka Singapura yang bermula Selasa atau berdepan tindakan tegas daripada BAM.

Beliau berkata kemerosotan prestasi ditampilkan pemain muda negara pada Siri Super Premier Terbuka Malaysia yang berakhir di Kuching, Ahad lepas, perlu segera diatasi kerana mereka bakal menghadapi beberapa kejohanan penting tahun ini terutamanya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos depan.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia selepas masing-masing tewas kepada pasangan Indonesia, Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle Widjaja dan wakil Hong Kong, Or Chin Chung-Tan Chun Man.

"Harapan tinggi peminat di Sarawak yang telah mencetuskan fenomena badminton tidak dibalas setimpal oleh pemain dan saya amat kecewa. Mereka sebagai pemain profesional harus kembali mencari kemenangan terutamanya Goh V Shem dan Tan Wee Kiong," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan