Terbuka Malaysia: Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 7:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Wakil tunggal negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mudah mara ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata di Stadium Perpaduan, Petra Jaya dekat sini.

Pada aksi suku akhir Jumaat, Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan,mengekalkan rentak kemenangan dalam usaha meraih kejuaraan kali ke-12 pada Terbuka Malaysia.

Berada di ranking pertama dunia, Chong Wei hanya memerlukan 45 minit untuk menewaskan pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin 21-11, 21-14.

Chong Wei yang muncul juara pada edisi tahun lepas, dijangka tidak berdepan tugas sukar pada perlawanan separuh akhir pada Sabtu.

Beliau dijadual bertemu pemain Hong Kong, Vincent Wong Wing Ki yang meraih kemenangan percuma selepas pilihan ketiga, Chen Long dari China menarik diri. 

Ketiadaan Chen Long memberi peluang lebih cerah kepada Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir kejohanan berkenaan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$600,000 (RM2.64 juta).

Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan, Chong Wei berkata beliau berasa lega dapat menewaskan lawannya itu.

"Ini pertemuan pertama kami. Dia baru berusia 21 tahun dan cara permainannya agresif...agak sukar berdepan dengan beliau (Jeon Hyeok Jin). Namun saya tidak memberi peluang langsung kepadanya," kata Chong Wei.

Ditanya mengenai aksi separuh akhir, pemain utama negara itu berkata beliau akan bermain seperti biasa tanpa sebarang tekanan.

"Saya mahu meraih kemenangan ke-12 pada Terbuka Malaysia dan berharap tiada pemain dapat memecahkan rekod saya (kejuaraan ke-11 setakat ini)," katanya.

Bagi Jeon Hyeok Jin, beliau berasa gementar beraksi menentang Chong Wei dihadapan penonton tempatan, tambahan pula perlawanan itu adalah yang pertama bagi mereka. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Terbuka Malaysia , Lee Chong Wei

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan