Chong Wei Jumpa Lin Dan Di Final

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 9:14 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUCHING: Final impian antara dua seteru utama badminton dunia Datuk Lee Chong Wei dan pemain China, Lin Dan akhirnya menjadi kenyataan pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2017.

Chong Wei, 34, kini hanya selangkah untuk menambah koleksi kemenangan ke-12 acara perseorangan lelaki ketika Lin Dan pula mencari kejuaraan sulung di Terbuka Malaysia.

Di hadapan lebih 4,000 penonton, Chong Wei yang kini berada pada ranking pertama dunia, mara apabila mudah menewaskan pemain Hong Kong, Vincent Wong pada aksi separuh akhir di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, dekat sini.

Chong Wei menang 21-12, 21-9 dalam tempoh 40 minit, sekali gus menempah pertemuan dengan Lin Dan yang melayakkan diri lebih awal selepas menundukkan Son Wan Ho dari Korea Selatan, 27-25, 19-21, 21-16.

Sebagai rekod, Chong Wei hanya menang 12 kali daripada 37 pertemuannya dengan Lin Dan dengan pemain utama negara menang dalam tiga pertembungan terakhir termasuk di separuh akhir Sukan Olimpik Rio, Ogos lalu.

Stadium Perpaduan bukan asing buat Chong Wei kerana pada 2006 beliau menewaskan Lin Dan dalam pertarungan sengit apabila bangkit ketika ketinggalan 13-20 di set penentuan sebelum menang 23-21 dan menamatkan perlawanan dengan 21-18, 18-21, 23-21, untuk gelaran ketiga berturut-turutnya.

Chong Wei berkata pertemuan dengan Lin Dan esok merupakan ulangan perlawanan akhir antara mereka 11 tahun lalu di tempat dan kejohanan yang sama.

"Ia adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu dan saya berjanji untuk mempamerkan aksi terbaik esok untuk semua peminat di sini," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan tersebut.

Beliau juga mengakui bekas juara dunia dan Olimpik itu turut memberi persembahan yang baik dalam aksi separuh akhir menentang Wan Ho.

"Saya harap dapat beri persembahan terbaik esok dan turut berharap penyokong datang beramai-ramai memberi sokongan kepada saya," katanya.

Sementara itu, beregu wanita bukan pilihan dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota melakukan kejutan apabila menewaskan rakan senegara, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi yang juga gandingan nombor satu dunia, 21-18, 21-19.

Di final, pasangan nombor 18 dunia itu akan berdepan beregu China, Huang Yaqiong-Tang Jinhua yang menewaskan Chang Ye Na-Lee So Hee dari Korea Selatan 22-20, 18-21, 21-16.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan