Terbuka Malaysia: Chong Wei Mudah Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 8:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mara mudah ke pusingan suku akhir selepas menewaskan pemain Hong Kong, Hu Yun, pada Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata pada Khamis.

Di hadapan ribuan penyokong yang memenuhi Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini, Chong Wei yang juga pilihan pertama kejohanan itu mempamerkan aksi tangkas untuk menundukkan Hu Yun, 35, dalam perlawanan 'straight set' selama 27 minit dengan catatan 21-8, 21-6.

Pada perlawanan suku akhir esok, Chong Wei akan berdepan pemain muda Korea Selatan, Jeon Hyeok-Jin, 21, yang menduduki ranking ke-49 dunia.

Hyeok-Jin telah menewaskan pemain Perancis, Brice Leverdez, dengan catatan 21-13, 21-10.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Chong Wei berkata beliau gembira dengan kemenangan hari ini hasil tumpuannya semasa permainan dan berusaha menamatkan perlawanan dengan kemenangan.

"Mengenai lawan saya pada suku akhir, saya tidak boleh memandang rendah pemain Korea Selatan itu...lagi pun ia pertemuan kali pertama kami esok (Jumaat),"katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Terbuka Malaysia , Lee Chong Wei

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan