Federer Juara Terbuka Miami 2017

Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 7:18 AM

Roger Federer (kanan) bersama Rafael Nadal. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

ROGER Federer meraih gelaran juara Terbuka Miami 2017 selepas mengalahkan pemain dari Sepanyol, Rafael Nadal, dalam perlawanan awal pagi Isnin.

Bermain di Crandon Park, Miami, ini adalah kali ketiga Federer menjuarai Terbuka Miami, dan gelaran juara ketiga buat dirinya pada tahun 2017.

Sebelumnya ini, pemain dari Switzerland ini meraih gelaran juara Terbuka Australia dan juara Indian Wells.

Dengan kejayaan terbaharu ini, Federer naik ke posisi ke-empat dunia.

Kejayaan Federer dalam kejohanan ini juga menunjukkan bahawa dia sudah bangkit untuk memberi persembahan terbaiknya.

Kali terakhir Federer mampu memulakan tahun dengan memenangi ketiga-tiga kejohanan ini adalah pada tahun 2006.

Sepanjang musim 2017, Federer keseluruhannya telah memenangi 19 pertandingan dengan sekali kalah.

Satu-satunya pemain yang mampu mengalahkannya adalah pemain dari Rusia Evgeni Donskoy, yang melakukannya pada pusingan kedua Kejohanan Tenis Dubai, awal Mac lalu.

Bagi Nadal, kekalahan di Terbuka Miami ini bagai badi apabila sering kalah dalam tiga pertemuan pada tahun 2017.

Sebelum ini Nadal dimalukan Federer di final Terbuka Australia dan Indian Wells.

Keseluruhannya Nadal sudah empat kali kalah berturut-turut di tangan Federer.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan