Usaha Nicol Di Terbuka British Berakhir

Diterbitkan: Ahad, 26 Mac 2017 1:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk memburu gelaran keenam dalam kejohanan Skuasy Terbuka British yang sedang berlangsung, berakhir apabila pemain nombor tujuh dunia itu mengalami kekalahan mengejut dalam pusingan separuh akhir lewat Sabtu (Ahad di Malaysia).

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 33 tahun itu yang diletakkan sebagai pilihan keenam, tewas 8-11, 11-7, 11-13 dan 7-11 kepada pemain pilihan ketujuh, Sarah-Jane Perry dari England dalam pertemuan 56 minit yang berlangsung di Airco Arena di Hull, England.

Untuk rekod, Nicol muncul juara dalam kejohanan itu pada tahun 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014.

Kemenangan ke atas Nicol menyaksikan Perry akan berentap dengan rakan senegaranya, Laura Massaro dalam pertandingn akhir pada Ahad.

Massaro, pemain pilihan kelima menempah tempat itu menerusi kemenangan sensasi 3-2 (5-11, 7-11, 11-5, 11-3 dan 11-6) ke atas pemain pilihan utama dan juara bertahan, Nour El Sherbini dari Mesir dalam empat pertemuan sebelum ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Nicol David

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan