Vivian Hoo/Khe Wei Kalah Mengejut Di Terbuka Switzerland

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 10:41 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cabaran negara pada Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Switzerland berakhir apabila beregu wanita, Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei kalah mengejut di peringkat suku akhir, lewat Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia).

Gandingan pilihan ketiga itu kalah 18-21, 21-8, 15-21 kepada wakil Denmark, Maiken Fruergaard/Sara Thygesen, yang juga pilihan ketujuh, pada aksi yang berlangsung di Arena Jakobshalle, Basel.

Gandingan Vivian Hoo dan Khe Wei merupakan satu-satunya wakil Malaysia mara ke peringkat suku akhir selepas semua pemain perseorangan dan beregu lelaki serta perseorangan wanita negara kandas di pusingan awal.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Vivian Hoo , Switzerland

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan