Bangkok Tuan Rumah Piala Thomas, Uber 2018

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 9:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bangkok mengalahkan New Delhi untuk menjadi tuan rumah kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2018.

Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer Larsen turut mengumumkan bandar raya Basel di Switzerland akan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia BWF pada tahun 2019, walaupun Tokyo turut mengemukakan pencalonan.

Sementara itu beliau berkata bandar raya Nanjing, China dipilih untuk menjadi hos Kejohanan Dunia BWF 2018 dan bandar raya Nanning juga di China dipilih menjadi hos kejohanan Piala Sudirman 2019 setelah hanya dua bandar raya itu yang mengemukakan pencalonan mereka bagi dua kejohanan tersebut.

Poul mengumumkan pemilihan tuan rumah di sini pada Sabtu.

Naib Presiden Persatuan Badminton Thailand, Paisan Rangsikitpho berkata mereka sudah bersedia menjadi tuan rumah Piala Thomas dan Piala Uber.

"Kami sangat gembira dan terharu dipilih untuk menjadi tuan rumah Piala Thomas buat kali kedua selepas 1976 dan Piala Uber buat pertama kali.

"Kami telah memilih Arena Impact di Bangkok sebagai venue pertandingan bagi kedua-kedua kejohanan dan berharap pasukan kami akan melakukan yang terbaik di gelanggang sendiri," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Piala Thomas , Piala Uber

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan