Malaysia Dapat Undian Selesa Piala Sudirman 2017

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 4:07 PM

Mohamed Al-Amin Abdul Majid (kiri) bersama pemain-pemain negara melihat jadual undian Piala Sudirman pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad negara mampu menarik nafas lega selepas mendapat undian selesa dalam kejohanan badminton berpasukan campuran Piala Sudirman yang akan diadakan di Gold Coast, Australia pada 21-28 Mei depan.

Majlis undian yang berlangsung hari ini menyaksikan Malaysia diundi bersama juara Piala Thomas 2014, Jepun dan England dalam Kumpulan 1C.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansenberkata, undian yang diterima Malaysia adalah sangat baik dan mempunyai peluang cerah untuk sekurang-kurangnya ke suku akhir.

"Kita berada dalam kumpulan yang baik dan mempunyai peluang untuk mara. Ia pasti lebih baik jika dapat menjadi juara kumpulan bagi mendapatkan undian yang lebih baik di suku akhir.

"Jepun pastinya pencabar utama untuk menjadi juara kumpulan kerana kekuatan pada perseorangan serta beregu wanita mereka," katanya.

Namun, menurut Frost, skuad negara juga mempunyai peluang dengan kekuatan diperseorangan dan beregu lelaki serta beregu campuran.

Mengenai pilihan pemain, Frost berkata senarai pemain masih belum ditentukan dan besar kemungkinan pemilihan akan dibuat selepas Terbuka Malaysia bulan depan.

Terdahulu, Pemangku Presiden BAM Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid  yang ditemui pemberita berkata beliau tidak mahu mengatakan laluan yang diperoleh Malaysia adalah mudah walaupun berpuas hati dengannya. 

"Ini kerana Piala Sudirman bergantung kepada satu pasukan campuran. Dari segi ranking keseluruhan, Malaysia berada di kedudukan kelima. 

"Saya harap pemain gunakan peluang untuk meletakkan Malaysia sebagai antara pasukan campuran terbaik dunia," katanya.

Undian pada Jumaat juga menyaksikan juara 10 kali, China diundi dalam Kumpulan 1A bersama Thailand dan Hong Kong manakala Kumpulan 1B pula melibatkan Korea Selatan, Taiwan dan Rusia. 

Juara Piala Thomas tahun lepas, Denmark pula diletakkan dalam Kumpulan 1D bersama Indonesia dan India. Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad negara dalam kejohanan dwi tahunanberpasukan campuran itu sejak ia diadakan pada 1989 ialah melangkah ke separuhakhir edisi 2009 di Guangzhou, China.

Pada edisi ke-14 di Dongguan, China pada 2015, Malaysia tewas kepada Korea Selatan di suku akhir. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala Sudirman , Undian 2017

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan