Beregu Wanita Negara Mara Ke Suku Akhir Terbuka Switzerland

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 8:44 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gandingan beregu wanita utama negara, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei meneruskan prestasi cemerlang apabila mara ke suku akhir kejohanan badminton Grand Prix Emas Terbuka Switzerland 2017 pada Khamis.

Pasangan pilihan ketiga itu yang merupakan wakil tunggal Malaysia masih beraksi pada kejohanan tersebut, menewaskan gandingan Taiwan, Chiang Kai Hsin-Hung Shih Han 21-7, 21-12 di pusingan kedua yang berlangsung di Arena Tertutup  St. Jakobshalle, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF)  www.bwfbadminton.org.

Menanti mereka di suku akhir pada Jumaat ini adalah pemenang satu lagi pertemuan di pusingan kedua, antara pasangan pilihan ketujuh Maiken Fruergaard-Sara Thygesen dari Denmark menentang Chisato Hoshi-Naru Shinoya dari Jepun.

Cabaran negara dalam tiga lagi kategori - perseorangan dan beregu lelaki serta perseorangan wanita - berakhir selepas pemain Malaysia tumpas kepada lawan masing-masing.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan