Chong Wei Buru Gelaran Ke-12 Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 11:34 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Selepas menjuarai Kejohanan Seluruh England buat kali keempat di Birmingham pada Ahad, Datuk Lee Chong Wei kini mahu memberi fokus untuk merangkul gelaran ke-12 Terbuka Malaysia, bulan depan.

Jaguh perseorangan negera itu berkata kejayaan di Seluruh England itu telah menyuntik semangat untuk dirinya terus menampilkan prestasi terbaik.

"Tumpuan saya selepas ini ialah Terbuka Malaysia dan sebelum itu Terbuka India pula," kata pemain nombor satu dunia itu sejurus tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Selasa.

Terbuka Malaysia akan berlangsung di Kuching dari 4 hingga 9 April ini manakala Terbuka India di New Delhi dari 28 Mac hingga 2 April ini.

Chong Wei berkata Seluruh England sememangnya menjadi salah satu kejohanan pilihan buat dirinya dan kecederaan yang dialami semasa latihan sebelum ke kejohanan itu sedikit mengganggu persediaannya.

Menyentuh mengenai kecederaan buku lalinya itu, katanya, ia belum pulih sepenuhnya dan ia memerlukan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

"Untuk persediaan menghadapi Terbuka Malaysia, saya bergantung kepada jurulatih saya untuk menentukan corak latihan dalam tempoh dua minggu ini," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sepanjang karier Chong Wei dalam arena badminton, beliau sebelum ini memenangi Kejohanan Seluruh England pada 2011, 2012 dan 2014.

Chong Wei sebelum ini, pernah menyuarakan hasratnya kemungkinan beraksi di Seluruh England buat kali terakhir pada tahun ini, namun kejayaan kali keempat buat dirinya itu mengubah hala tuju dan mahu untuk terus beraksi di tahun hadapan.

Pemain berusia 34 tahun itu juga berharap beliu dapat mengekalkan prestasi dan mengelakkan kecederaan yang lebih serius dalam usaha beliau untuk meraih kejuaraan di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, pada Ogos depan.

"Saya tidak pernah menang kejuaraan dunia dan ia memberi tekanan kepada saya. Untuk itu saya perlu mengatasi tekanan ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Terbuka Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan