Jangan Beritahu Bila Masa Saya Berakhir - Chong Wei

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 1:06 PM

Lee Chong Wei. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berkata, semangat beliau masih membara untuk terus mencatatkan kegemilangan selepas menjuarai Kejohanan Badminton Seluruh England buat kali keempat.

Menjawab segala kritikan bahawa sudah tiba masanya untuk beliau bersara, Chong Wei menegaskan bahawa beliau tidak perlu diberitahu mengenai perkara itu. 

“Tiada sesiapa perlu beritahu bila masa saya sudah berakhir. Semangat saya masih berkobar-kobar untuk bermain. Kejayaan Seluruh England menunjukkan bahawa saya boleh melakukannya jika saya memberi tumpuan kepadanya. 

“Saya menang. Saya masih nombor satu dunia. Saya mungkin akan terus sampai Tokyo (Olimpik). Mengapa saya perlu fikir untuk bersara sekarang? Saya akan tahu bila masanya untuk berhenti... seorang pemain akan tahu,” katanya.

Chong Wei sebelum ini memenangi Kejohanan Seluruh England pada 2011, 2012 dan 2014.

Chong Wei bagaimanapun berkata, beliau akan memberi laluan kepada pemain generasi muda apabila sudah tiba masanya untuk bersara.

“Buat masa ini, saya dan Lin Dan seperti bintang tenis Roger Federer dan Rafael Nadal. Kedua-dua mereka dikira lama dalam sukan mereka, tetap masih menunjukkan prestasi yang cemerlang

“Selagi saya dan Lin Dan masih jaguh dalam permainan, kami akan memberikan persembahan yang terbaik buat para penyokong,” katanya.

Mengenai semua kini tertumpu kepada beliau untuk meraih kejuaraan di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, pada Ogos depan, Chong Wei menyifatkan ia sebagai satu cabaran.

“Sudah tentu ia menjadi tekanan bagi saya, tetapi saya perlu menanganinya. 

“Buat masa sekarang, tumpuan saya adalah Terbuka India dan Terbuka Malaysia. Saya perlu mengekalkan prestasi saya,” katanya.

Chong Wei tiga kali menjuarai Terbuka India dan merangkul gelaran ke-11 Terbuka Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Seluruh England

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan