Chong Wei Ke Final, Hampiri Gelaran Keempat All England

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 10:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, terpaksa berhempas pulas sebelum dapat meraih slot final Kejohanan Badminton All England apabila menerima tentangan sengit daripada Chou Tien Chen dari Taiwan pada perlawanan separuh akhir di Birmingham, Sabtu.

Chong Wei bermula baik pada awal perlawanan bagaimanapun ketinggalan lapan mata sebelum tewas pada set pertama 10-21 dan bangkit dalam dua set seterusnya dengan catatan 21-14 dan 21-9.

Dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Supersport, Chong Wei mendapat sokongan padu daripada peminat Malaysia dan tempatan pada perlawanan yang berlangsung di Barclaycard Arena itu.

Pemain nombor satu dunia itu juga mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam pertemuan dengan pemain nombor sembilan dunia itu.

Chong Wei menghampiri gelaran keempat All England selepas memenanginya pada 2010, 2011 dan 2014.

Menanti Chong Wei di final adalah pemain China sama ada musuh tradisinya Lin Dan atau Shi Yuqi.

Kedua-dua pemain itu bakal membuat perhitungan dalam satu lagi perlawanan separuh akhir malam ini (awal pagi esok waktu Malaysia).

Turut beraksi lewat malam ini (waktu Malaysia) adalah beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang dijadualkan menentang Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan