Nicol Mara Ke Separuh Akhir Di Colombia

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 9:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David semakin menghampiri untuk merangkul gelaran Jelajah Dunia PSA pertamanya sejak Terbuka Hong Kong 2015, selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Wanita di Ciudad de Floridablanca, Colombia.

Pemain nombor tujuh dunia itu menewaskan pemain di ranking ke-17 dunia, Joey Chan dari Hong Kong 12-10, 12-10 dan 11-3 dalam aksi suku akhir pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

"Saya beraksi dengan baik pada awal permainan dan ia perlawanan yang menarik," kata Nicol seperti dipetik dalam laman web www.squashsite.co.uk.

"Saya benar-benar teruja untuk beraksi pada separuh akhir di Colombia. Ia gelanggang yang hebat, saya berada dalam keadaan baik dan akan menampilkan aksi terbaik esok," kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Nicol dijangka berdepan tugas mencabar apabila berdepan pemain nombor 10 dunia, Alison Waters dari England dalam aksi separuh akhir pada lewat Jumaat (Sabtu di Malaysia).

Waters mara ke separuh akhir selepas menumpaskan rakan senegara, Victoria Lust dalam pertarungan sengit lima set sebelum mencatat kemenangan 11-7, 16-18,11-7, 7-11 dan 15-13 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Kejohanan sulung itu, yang merupakan antara kejohanan dalam kalendar Jelajah Dunia PSA, menawarkan hadiah wang tunai US$70,000 (RM312,317). -Bernama

Tags / Kata Kunci: Nicol , Colombia , Separuh akhir

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan