Terbuka Mexico: Djokovic Tersingkir, Nadal Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 7:40 AM

Novak Djokovic. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain nombor satu dunia Novak Djokovic harus menelan kepahitan apabila ditundukkan oleh pemain muda Australia, Nick Kyrgios dalam perlawanan suku akhir Terbuka Mexico 2017.

Djokovic baharu sahaja mengalami kekalahan pada Januari lalu apabila tersingkir daripada Terbuka Australia 2017.

Pemain dari Serbia itu yang kini berstatus pemain nombor dua dunia, terpaksa akur apabila kalah dua set 6-7 dan 5-7.


Ditemui selepas pertandingan, Kyrgios yang kini menduduki ranking 16 dunia berkata dia hampir tidak percaya dapat mengalahkan Djokovic dalam keadaan majoriti penonton menyebelahi lawannya itu.

"Ini merupakan kemenangan besar bagi saya. Saya berasa gugup kerana saya yakin penonton lebih menyokong Djokovic. Dia adalah pemain terbaik sepanjang masa, tapi dalam pertandingan tadi, saya tampil dengan penuh keyakinan," katanya memetik The Sydney Morning Herald.

Dalam satu lagi perlawananan, Rafael Nadal yang juga bekas pemain nombor satu dunia berjaya menempah tiket ke babak separuh akhir.

Nadal yang berdepan pemain Jepun, Yoshihito Nishioka, hanya memerlukan 1 jam 58 minit untuk menjadi pemenang dengan mata 7-6 dan 6-3.


Dalam babak separuh akhir, Nadal akan bertemu Marin Cilic yang berjaya mengalahkan Steve Johnson dari Amerika Syarikat.

Tags / Kata Kunci: Terbuka Mexico 2017 , Novak Djokovic

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan