Chong Wei Dinobat Atlet Terbaik SAM Buat Kali Kedua

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 8:39 AM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan anugerah Atlet Terbaik kepada pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100plus 2016, malam Khamis. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (kiri) dan Presiden SAM Ahmad Khawari Isa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) pada Majlis Anugerah SAM-100 PLUS 2016 di sini, Khamis.

Pemain nombor satu dunia berusia 34 tahun itu, menewaskan enam calon lain iaitu Pandelela Rinong Pamg-Cheong Jun Hoong (terjun), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (badminton) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (badminton).

Turut tercalon bagi anugerah berkenaan adalah pelumba sensasi berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang; juara silat dunia tiga kali, Mohd Al-Jufferi Jamari dan pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi.

Anugerah berkenaan merupakan yang kedua bagi pemain kelahiran Perak itu selepas kali terakhir memenanginya pada 2008.
Antara pencapaian terbaik dilakar Chong Wei pada 2016 adalah kejayaan meraih pingat perak acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil.

Beliau turut merampas kembali kedudukan selaku pemain nombor satu dunia selepas memenangi Terbuka Indonesia untuk kali keenam berturut-turut, setelah bebas daripada hukuman penggantungan selama lapan bulan berikutan kesalahan kes doping.

Sementara itu, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dipilih sebagai penerima sulung Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik SAM selepas memahat sejarah pada September tahun lepas, apabila meraih pingat emas pertama kontinjen Paralimpik Malaysia dalam acara 100m T36 lelaki.

Pada tahun yang sama, atlet kelahiran Perlis itu turut memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Terbuka China dan Kejohanan Olahraga IPC Asia Oceania.

Chong Wei dan Ridzuan, masing-masing menerima trofi dan wang tunai RM10,000 yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, penerjun cilik, Nur Dhabitah Sabri dipilih sebagai penerima Anugerah Atlet Muda Terbaik selepas aksi konsisten dan cemerlang pada penampilan pertama beliau dengan mara ke peringkat akhir acara 10m platform wanita di Sukan Olimpik Rio.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) pula dipilih sebagai penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik berdasarkan kejayaan atletnya meraih pingat dalam setiap kejohanan, kredibiliti kepimpinan dan kegigihan mempertingkatkan mutu sukan silat di negara ini.

Pada majlis anugerah itu juga, Megat Syafique Syazwan Mohd Khairul, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk 2016.


SENARAI PENUH PEMENANG



Atlet Terbaik -Datuk Lee Chong Wei (Badminton)


Atlet Paralimpik Terbaik -Mohamad Ridzuan Mohd Puzi (Olahraga)


Atlet Muda Terbaik -Nur Dhabitah Sabri (Terjun)


Persatuan Sukan Dinamik -Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia


Pemain Terbaik Liga KPM 2016 - Megat Syafique Syazwan Mohd Khairul

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan