Norza Harap Chong Wei Fokus Kejohanan Besar

Diterbitkan: Rabu, 1 Mac 2017 8:47 PM

Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei perlu lebih menumpukan pada kejohanan besar dalam misinya untuk memenangi Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos ini, kata Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Chong Wei yang baru pulih daripada kecederaan juga perlu lebih berhati-hati dalam setiap kejohanan yang disertainya.

"Saya harap beliau tidak terburu-buru supaya beliau betul-betul pulih dan mengambil kira kejohanan ini melibatkan cabaran sengit daripada pemain-pemain bertaraf dunia," kata Norza, di sini Rabu.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri forum 'The Champion's Blueprint' kendalian Dr Jeff Spencer sempena Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia ALYA WTA di TPC Kuala Lumpur.

Pada Selasa, Chong Wei yang mengalami kecederaan ligamen lutut kiri sejak awal bulan lepas, mengesahkan penyertaannya pada kejohanan Kejohanan All England di Birmingham dari 7-12 Mac ini.

Beliau dilapor menerima kebenaran daripada doktor, pakar fisioterapi Institut Sukan Negara Sandra Fiedler serta jurulatih untuk beraksi di All England kali ini walaupun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan itu.


Pemain nombor satu dunia itu yang disenaraikan pilihan utama perseorangan lelaki pernah meraih juara All England pada edisi 2010, 2011 dan 2014.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan