Chi Wing Akui Perlu Konsisten Untuk Pergi Jauh

Diterbitkan: Rabu, 1 Mac 2017 10:06 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain muda, Lim Chi Wing mengakui peluang berada dalam Projek Khas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mampu membantu meningkatkan prestasi permainannya.

Chi Wing,22, yang berjaya mempertahankan gelaran kejohanan kebangsaan minggu lalu berkata, banyak perkara yang telah dipelajarinya sekaligus meningkat corak permainan yang lebih  baik.

"Menjadi salah seorang rakan sparring Datuk Lee Chong Wei sesuatu yang baik bagi saya kerana beliau banyak berkongsi ilmu. Jadi tahap keyakinan diri saya semakin meningkat.

"Saya akan guna peluang ini sebaik mungkin untuk bermain lebih baik pada kejohanan akan datang," jelasnya ketika ditemui pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Chi Wing mengakui dia lebih perlu banyak menyertai kejohanan dan meraih kedudukan terbaik untuk meningkat kedudukan ranking dunianya.

"Saya perlu  fokus dan konsisten dalam setiap kejohanan kalau saya mahu bermain dalam perlawanan lebih besar.

"Sekarang hanya kejohanan biasa sahaja. Pun begitu saya tetap yakin penghujung tahun ini kedudukan ranking saya akan lebih baik," tambahnya yang kini berada di ranking perseorangan ke-144 dunia.

Sebagai rekod, Chi Wing mula menyertai skuad kebangsaan pada tahun 2014 dan sejak itu pemain kelahiran Kuala Lumpur ini berjaya meraih gelaran juara dan naib juara pada kejohanan Siri Antarabangsa Vietnam dan Kejohanan Antarabangsa Bangladesh, Kejohanan Tata India Antarabangsa.

Dalam pada itu, Projek Khas yang diketuai jurulatih Hendrawan merupakan program persediaan buat pemain No. 1 dunia, Chong Wei untuk memburu gelaran juara Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos ini.

Tags / Kata Kunci: Lim Chi Wing

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan