Hendrawan Tidak Bersama Chong Wei Ke England

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 2:21 PM

Hendrawan (kiri) bersama Chong Wei berbincang sesuatu selepas sesi latihan di Bukit Kiara.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bakal ke England tanpa diiringi salah seorang jurulatihnya, Hendrawan pada 7 hingga 12 Mac ini.

Jurulatih berusia 44 tahun itu mengalami masalah kesihatan sejak dua minggu lalu.

Menurut Hendrawan, dia mula mengalami kebas otot di bahagian bahu sehingga ke tangan (bahagian kiri).

"Kadang-kadang seperti separuh badan agak kebas. Sukar untuk saya melakukan kerja-kerja yang agak berat.

"Dan kini saya dalam proses pemulihan," jelasnya mengenai masalah kesihatannya.

Ketika diajukan pandangan kemungkinan ianya berpunca daripada tekanan kerja, Hendrawan hanya menjawab ringkas, "kerja seperti ini mana ada tidak 'stress'".

Biarpun keadaan kesihatan tidak berada di tahap terbaik buat masa ini, Hendrawan tetap memberi tumpuan pada sesi latihan Chong Wei. 

"Tidak menjadi masalah kerana Tey Seu Bock akan iringi Datuk (Chong Wei). Saya akan ikut dia pada kejohanan lain nanti," tambah jurulatih berusia 44 tahun itu.

Sebelum itu, Hendrawan mengumumkan bahawa Chong Wei dibenarkan beraksi pada kejohanan Seluruh England selepas mengalami kecederaan ligamen koyak di bahagian lutut kiri selepas terjatuh ketika menjalani latihan pada 4 Februari lalu.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Hendrawan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan