Projek Khas Ditubuh Bantu Chong Wei Raih Gelaran Dunia

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 7:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menubuhkan satu projek khas bagi membantu jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini.

Pengerusi Kejurulatihan dan Latihan (C and T) BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata projek khas itu khusus untuk membantu Chong Wei menghadapi beberapa kejohanan dengan sasaran utama memenangi Kejohanan Dunia. 

"Setelah mendapat pandangan daripada semua anggota C and T, kita mengambil keputusan membahagikan struktur kejurulatihan sedia ada.

"Hendrawan dan Tey Seu Bock serta lima pemain lain akan berada dalam projek khas ini," katanya seperti dilaporkan Bernama selepas beliau mempengerusikan mesyuarat C and T di sini, Selasa.

Lima pemain yang dimasukkan dalam projek itu ialah Chong Yee Han, Lim Chi Wing, Soong Joo Ven, Soo Teck Zhi dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

Mohamad Norza menjelaskan BAM juga telah menetapkan jurulatih perseorangan, Hendrawan menjadi ketua jurulatih dalam projek khas itu.

"Beliau akan melaporkan terus kepada Pengerusi C and T dan akan menjadi seorang daripada anggota C and T," katanya. 

Menurut Norza, rancangan berkenaan adalah untuk merealisasikan cita-cita Chong Wei sendiri yang mahu melahirkan pemain-pemain yang boleh menggantikan tempatnya.

Sementara itu, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen menyambut baik penubuhan projek khas berkenaan dan menjelaskan ia merupakan idea asal beliau.

"Ia adalah keputusan yang baik dan sebenarnya, ini adalah cadangan saya dan mereka (BAM) membuat beberapa penyesuaian. Secara keseluruhannya, ia adalah idea yang baik," katanya.

Projek khas itu telahpun bermula hari ini dan akan dijalankan sehingga berakhirnya Kejohanan Dunia, Ogos nanti.

Penubuhan projek khas berkenaan juga dilihat sebagai jalan penyelesaian yang diambil BAM dalam menangani perselisihan antara Chong Wei-Frost yang hangat diperkatakan ketika ini.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , BAM , Mohamad Norza Zakaria

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan