Kemelut Chong Wei-Frost Tahap ICU, BAM Bakal Rombak Sistem Jurulatih

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 2:23 PM

Norza Zakaria.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Susulan kemelut antara Datuk Lee Chong Wei dan Morten Frost Hansen yang diibarat berada di tahap kecemasan atau ICU, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mempertimbangkan untuk merombak sistem kejurulatihan dan program latihan membabitkan pemain perseorangan negara.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria berkata, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CNT) badan induk itu, rombakan akan dilaksanakan untuk menyusun semula sistem sedia ada demi kepentingan semua pihak.

"Kalau polemik ini berterusan, kita akan ketinggalan, oleh itu kita perlu fokus kepada tugasan dan objektif yang sudah ditetapkan.

"Sebagai pengerusi CNT saya akan lakukan, kita perlu disusun semula untuk capai hala tuju BAM," katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara dekat sini, pagi Jumaat.

Namun, Norza berkata, buat masa ini beliau perlu mendapat maklum balas daripada jurulatih perseorangan dan beberapa individu penting dalam BAM terlebih dahulu sebelum rombakan itu dilaksanakan.

"Saya di peringkat mencari fakta kerana susunan sedia ada tidak seperti diharapkan.

"Saya fikir kita (BAM) akan cari jalan untuk menyelesaikan perkara ini dan perlu mendapat beberapa persetujuan pada dasarnya.

"Namun saya perlu bertemu dengan jurulatih untuk memastikan ia boleh dilaksanakan," katanya yang enggan mendedahkan secara terperinci mengenai struktur tersebut.

Beliau berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan selepas mesyuarat CNT minggu depan.

"Berdasarkan maklum balas yang diperoleh, rombakan itu lebih kepada cara untuk menangani bahagian pemain perseorangan. Saya rasa bahagian-bahagian lain tiada masalah.

"Macam saya pernah katakan sebelum ini, bahagian perseorangan ibarat berada di ICU, jadi cara untuk merawatnya perlu berlembut kerana ia membabitkan keperluan Chong Wei dan pemain pelapis," katanya.

Ketika ditanya sama ada pemain perseorangan yang sebelum ini dibahagikan kepada dua kelompok akan disatukan dibawah seorang ketua jurulatih, Norza berkata beliau masih perlu mendapatkan maklum balas daripada semua jurulatih terlibat.

"Saya kena dapatkan maklum balas tetapi saya dah dapat maklum balas Chong Wei dan Frost. Saya juga akan jumpa Hendrawan dan Teh Seu Bok serta akan bercakap dengan Indra Wijaya," katanya.



iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan