Frost Sedih, Tidak Jangka Kemelut Dengan Chong Wei Semakin Parah

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 3:57 PM

Martin Frost Hansen.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen mengakui amat sedih kerana tidak menjangkakan perselisihan faham antara dirinya dan Datuk Lee Chong Wei menjadi semakin parah.

Namun, legenda badminton Denmark itu yakin kemelut tersebut akan diselesaikan secara positif dan mengambil pendekatan untuk melangkah ke hadapan demi kepentingan BAM.

"Sudah tentu saya amat sedih kerana ia (kemelut) berlaku sampai ke tahap ini. Namun mari kita melangkah ke hadapan.

"Saya yakin ia akan diselesaikan secara serius dan berhati-hati," katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, dekat sini pagi Jumaat.

Ketika ditanya mengenai reaksi Chong Wei terhadap usahanya untuk 'berdamai' dengan jaguh perseorangan lelaki negara itu, Frost berkata mereka masih memerlukan sedikit masa untuk memulihkan keadaan.

"Ya, kami masih perlukan sedikit masa. Saya tak nak komen lanjut. Ada kalanya berdiam diri itu lebih baik," katanya.

Jelas Frost, beliau enggan terlalu memikirkan mengenai perkara itu dan hanya mahu fokus terhadap tanggungjawabnya bersama badan induk berkenaan.

"Secara peribadinya saya melakukan tugas saya. Saya bekerja selama 12 jam bermula pukul 6 pagi dan balik setiap pukul 6 petang. Jadi ini yang saya lakukan setiap hari. Saya sudah lakukan yang terbaik mengikut kemampuan saya.

"Saya rasakan kita perlu bergerak ke hadapan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang," katanya.

Pada masa sama, Frost berkata beliau sudah mengemukakan cadangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CNT) Datuk Seri Norza Zakaria mengenai cara untuk memajukan badan induk itu.

"Pengerusi minta ia dibuat dalam bentuk tulisan dan pelan serta bentangkan pada mesyuarat CNT. Kita akan buat keputusan mengenainya," kata Frost yang enggan mengulas lanjut mengenai cadangan tersebut.

Sebelum ini, Norza berkata, BAM akan mempertimbangkan untuk merombak sistem kejurulatihan dan program latihan membabitkan pemain perseorangan negara susulan kemelut membabitkan Chong Wei dan Frost yang semakin meruncing.

Kata Norza, sebagai Pengerusi CNT badan induk itu, rombakan akan dilaksanakan untuk menyusun semula sistem sedia ada demi kepentingan semua pihak.

Beliau berkata, keputusan mengenai rombakan itu akan diumumkan selepas mesyuarat CNT minggu depan.


Tags / Kata Kunci: BAM , Martin Frost Hansen , Lee Chong Wei

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan