Perjanjian Awal Jadikan Norza Presiden Baharu BAM?

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 9:15 PM

Mohamad Norza Zakaria

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketika perebutan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi tumpuan, peralihan pucuk pimpinan di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga tidak kurang menariknya.

Selepas dua pemimpin tertinggi BAM, Tan Sri Al Amin Abd Majid dan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dikatakan berkira-kira untuk berebut jawatan itu, timbul satu surat yang mengingatkan mereka mengenai satu perjanjian awal yang telah dibuat.

Menurut sumber, semua anggota Majlis BAM menerima surat mengingatkan mereka tentang 'gentlemen's agreement' antara pemimpin kanan BAM mengenai siapa yang bakal menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang berehat daripada memegang jawatan itu sejak Oktober 2015.

Tengku Mahaleel yang kini berehat berikutan masalah kesihatan, sudah menyatakan pendiriannya untuk tidak mempertahankan jawatan itu bagi pemilihan baharu BAM pada April ini.

Sebelum ini, tempat Tengku Mahaleel dipangku Al Amin yang merupakan Timbalan Presiden, jawatan sama yang diduduki Mohamad Norza.

Menurut sumber itu lagi, perjanjian tersebut dipersetujui antara Tengku Mahaleel, Al Amin dan Mohamad Norza serta 'orang atas' di Kementerian Belia dan Sukan, di mana perubahan akan dibuat selepas tamat Sukan Olimpik 2016 atau berakhirnya penggal jawatankuasa sedia ada tahun ini.

Sumber itu menambah, mengikut perjanjian itu, Al Amin diberi tugas memangku jawatan presiden dan peralihan kuasa diberikan kepada Mohamad Norza pada pemilihan jawatankuasa baru tahun ini.

Tengku Mahaleel ketika ditanya mengenai perjanjian itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak mahu komen mengenai mana-mana individu, cuma saya mahu katakan kita perlu 'gentleman'.

"Kali ini saya tidak akan bertanding dan menyerahkannya kepada pemimpin baharu..itulah perjanjian 'gentlemen'," katanya.

Tengku Mahaleel berkata individu yang layak memegang jawatan itu perlu mempunyai kerjasama baik dengan Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Katanya perkara paling mustahak adalah individu itu perlu memastikan BAM sentiasa ada penambahbaikkan dan prestasi pemain pula mengatasi pesaing dari negara lain.

Menurutnya, BAM tidak boleh bangga dengan pencapaian pemain yang sekadar berada di kedudukan ketiga atau keempat tetapi meletakkan misi sentiasa mahu menjadi nombor satu untuk negara.

"Apabila saya mengambil alih, skuad negara mara ke final Piala Thomas, jadi sudah ada perubahan. Dalam sukan kita perlu terus berubah dan meningkat, tidak boleh berpuas hati dengan kedudukan ketiga atau keempat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan