Chong Wei Pilihan Utama Kejohanan All England

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2017 11:10 PM

Gambar fail Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei diletakkan selaku pilihan utama pada Kejohanan All England yang akan berlangsung di Barclaycard Arena, Birmingham, England dari 7 hingga 12 Mac ini.

Menurut undian yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa, Chong Wei berada dalam kedudukan selesa untuk merampas kejuaraan All England, dan dijangka mampu mara ke final bertemu Jan O Jorgensen dari Denmark.

Dalam undian itu, Chong Wei dijangka tidak berdepan masalah menyingkirkan pemain daripada pusingan kelayakan pada pusingan pertama, dan dijadual berdepan Wei Nan dari Hong Kong atau Wang Tzu Wei (Taiwan) pada pusingan kedua.

Sekiranya berjaya melepasi dua pusingan itu, menanti Chong Wei di suku akhir dijangka Tian Houwei (China) yang turun selaku pilihan ketujuh kejohanan.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016, Chen Long dari China, yang turun selaku pilihan kelima, kemungkinan besar berdepan Chong Wei di separuh akhir.

Sementara itu, Chong Wei masih tidak menyatakan pendirian sama ada mahu beraksi di kejohanan badminton tertua dunia itu atau sebaliknya kerana perlu menjalani pemulihan akibat kecederaan di bahagian lutut.

Beliau mengalami kecederaan itu ketika menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, 4 Februari lepas.

"Saya tidak tahu lagi sama ada boleh beraksi di All England ataupun tidak. Kecederaan saya semakin pulih, tetapi saya belum menjalani latihan di gelanggang. Saya tidak mahu terlalu memikirkannya (All England)," katanya selepas menjalani pemulihan kecederaan di ABM, Bukit Kiara di sini, Selasa.

Media tempatan pada Selasa, melaporkan jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan yakin Chong Wei mampu pulih daripada kecederaan sebelum saingan All England, bulan depan.

Namun, keputusan itu akan ditentukan pada saat akhir memandangkan banyak faktor perlu diambil kira terutama tahap kecergasan Chong Wei.

Hendrawan berkata, pemain nombor satu dunia itu dijangka kembali menjalani latihan minggu ini.

Sebelum ini, Chong Wei dilaporkan memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu untuk pulih daripada kecederaan.

Chong Wei pernah menjuarai All England pada 2010, 2011 dan 2014. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , All England

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan