PJBC Rangkul Gelaran Juara Liga SS Purple

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 9:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Badminton Petaling Jaya (PJBC) merangkul kejuaraan Liga SS Purple 2016/17 selepas menewaskan barisan pemain bintang Kelab Badminton Puchong United 13-9 pada perlawanan akhir di Arena of Stars, Resorts World Genting pada Ahad.

Pemain perseorangan lelaki, Dani Harsheel Alpesh bermula baik buat PJBC dengan mendahului dua set, namun Chou Tien Chen dari Taiwan bangkit untuk mencatat kemenangan 3-2 ke atas pemain dari India itu.

Pemain perseorangan wanita nombor satu dunia, Tai Tzu Ying turut berdepan situasi sama apabila kecundang dua set pertama kepada pemain PJBC, Deng Xuan, sebelum menemui kembali rentak untuk melakar kemenangan 3-2, sekali gus meletakkan Puchong United dua mata di hadapan.

PJBC kembali di hadapan selepas pasangan beregu lelaki, Kim Sa Rang-Koo Kien Keat meneruskan aksi cemerlang mereka untuk menewaskan pasangan Puchong United, Lim Khim Wah-Tan Chee Tean dengan 3-0.

Kemenangan tersebut menaikkan semangat pemain PJBC untuk memburu kejuaraan itu apabila Woon Khe Wei-Shin Baek Cheol menumpaskan Christinna Pedersen-Yoo Yeon Seong 3-1 dalam kategori beregu campuran, sementara ketua pasukan Goh Giap Chin mengalahkan Soo Teck Zhi 3-2.

"Ia satu perasaan yang hebat untuk memenangi saingan ini kerana kami pasukan bukan pilihan dan mampu menewaskan pasukan seperti Petaling, BU Dragons dan hari ini Puchong United yang mempunyai pemain bintang dalam pasukan masing-masing.

"Tetapi, kami mempunyai pemain yang berusaha keras dan mempunyai sikap tidak pernah putus asa seperti Giap Chin, Koo Kien Keat yang menjadi contoh, serta Deng Xuan yang menyumbangkan mata penting kepada kami," kata pengurus pasukan PJBC Manoj Kumar dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, juara edisi tahun lepas, Kelab Badminton Muar yang diketuai Zulfadli Zulkiffli menewaskan BU Dragons 11-6 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Liga Purple , Petaling Jaya BC

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan