Perang Mulut Frost-Chong Wei Bukan Isu Besar - Norza

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 7:26 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan perang mulut antara Morten Frost dan Datuk Lee Chong Wei bukan isu besar dan ia boleh diselesaikan secara baik.

Beliau berkata kemelut itu berlaku mungkin disebabkan timbul salah faham membabitkan kedua-dua individu penting berkenaan.

"Morten diberi tugas untuk melahirkan pelapis Chong Wei dan Chong Wei pula ada tanggungjawabnya sendiri. Mungkin tiada persefahaman antara mereka tapi apa yang boleh saya katakan ia bukan isu besar.

"Macam menteri (Khairy Jamaluddin) cakap, beliau sudah hubungi Chong Wei, saya pun begitu dan Tan Sri Al-Amin (Abdul Majid) juga dah jumpa beliau, jadi keadaan dah  stabil. Saya fikir perkara ini kalau kocak dalam gelas pun, gelas takkan pecah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Musim Sejuk Sappora, Jepun di Lobi Menara KBS di sini Rabu.

Mohamad Norza turut menasihati Frost dan Chong Wei supaya mengetepikan ego masing-masing demi kebaikan badan induk itu.

"Saya harap mereka ketepikan ego masing-masing dan kepentingan BAM mendahului segalanya kerana saya tak mahu apa yang telah kita capai terjejas. BAM berada di puncak pada hari ini kerana kedua-dua individu ini. 

"Chong wei adalah aspirasi kepada pemain lain, manakala Frost ada KPI yang perlu dicapai pada 2020 iaitu untuk letakkan negara di kelompok tiga terbaik dunia dan menang pingat emas. Jadi mereka ada objektif dan hala tuju masing-masing," katanya.

Ketika ditanya adakah BAM akan mengaturkan pertemuan serampang dua mata antara Frost dan Chong Wei, Mohamad Norza berkata, perkara itu tidak perlu buat masa ini.

"Saya rasa buat masa ini, kita biarkan Chong Wei bertenang dan kembali pulih. Kita bagi kemudahan, biar dia bangkit semula. Mengenai Frost, kita boleh bercakap sendiri dengan beliau," katanya.

Kemelut antara Frost dan Chong Wei tercetus apabila jaguh badminton negara itu mendapat tahu Pengarah Teknikal BAM itu memaklumkan kepada individu yang dekat dengannya bahawa kecederaan terbaru yang dialaminya adalah pengakhiran kepada kariernya.

Ini berikutan kecederaan MCL (Medical Collateral Ligament) yang dialami Chong Wei ketika latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, Sabtu lepas.

Menurut Chong Wei, ia bukan kali pertama Frost berbuat demikian kerana turut mengemukakan pertanyaan sama selepas berakhirnya Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, tahun lepas.

Apa yang lebih menyakitkan hati Chong Wei adalah kecederaan terbarunya boleh dielak jika Frost dan Pengurus Besar BAM, Lawrence Chew memenuhi permintaannya menukar getah permukaan gelanggang di ABM.




Tags / Kata Kunci: Norza , BAM , Chong Wei , Frost

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan