Malaysia Ke Separuh Akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 7:46 AM

Aifa Azman membuka langkah kanan skuad negara apabila menewaskan Steffii Chan 11-6, 11-4, 11-7.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan wanita negara mara ke separuh akhirKejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia ke-18 selepas mencatat kemenangankeempat berturut-turut dalam aksi Kumpulan A di Pusat Skuasy Hong Kong, Khamis.

Kemenangan 3-0 ke atas Singapura pada perlawanan terakhir peringkat kumpulanitu, menyaksikan Malaysia yang juga pilihan utama kejohanan, muncul juara Kumpulan A. Aifa Azman membuka langkah kanan skuad negara apabila menewaskan Steffii Chan 11-6, 11-4, 11-7 sebelum S. Sivasangari menggandakan kedudukan setelahmenumpaskan Sneha Sivakumar 12-10, 4-11, 11-6, 11-5.

Zoe Foo Yuk melengkapkan kemenangan bergaya skuad Malaysia selepas menang mudah 11-1, 11-7, 11-1 ke atas Bernyce Tay, demikian menurut laman sesawang Persatuan Skuasy Hong Kong www.hksquash.org.hk.

Malaysia akan berdepan naib juara Kumpulan B pada perlawanan separuh akhir,Sabtu ini.

Tuan rumah Hong Kong dan Jepun akan bertemu pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Jumaat, bagi menentukan juara Kumpulan B.

Untuk rekod, Malaysia mencatat kemenangan 3-0 ke atas Taiwan dan Macau pada Rabu, selain meraih keputusan yang sama menentang Korea Selatan pada aksi ketiga Kumpulan B. 

Dalam divisyen lelaki, pasukan Malaysia mencatat kemenangan kedua dalam aksiKumpulan B selepas mengalahkan Taiwan 3-0. Mohd Farez Izwan Mohd Mukhtar menewaskan Chao Wen-Hao 11-2, 11-0, 11-2, sebelum Darren Rahul Pragasam melebarkan penguasaan dengan menumpaskan Chu Ching-Hsuan 11-1, 11-4, 11-4, dan Muhammad Hafiz Zhafri Abdul Harif memastikan rekod bersih skuad Malaysia setelah mengalahkan Huang Liang-Yu 11-4, 11-4, 11-3.

Malaysia akan melengkapkan aksi peringkat kumpulan berdepan pasukan pilihan kedua, Hong Kong, esok.  Untuk rekod, Malaysia mengalahkan Singapura 3-0 dalam perlawanan pembukaan , namun tumpas 1-2 kepada Jordan dalam aksi kedua pagi Khamis.  

Mengikut format kejohanan, dua pasukan teratas daripada setiap Kumpulan Adan B mara ke separuh akhir. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Remaja Berpasukan Asia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan