Terbuka Australia: Nadal Ke Final Bertemu Federer

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 10:49 PM

Nadal kepenatan selepas menang aksi separuh akhir menewaskan Dimitrov.

(Ubah saiz teks)

RAFAEL Nadal mengambil masa hampir lima jam untuk menumpaskan Grigor Dimitrov 6-3 5-7 7-6(5) 6-7(4) 6-4  bagi memastikan tiket ke aksi akhir Terbuka Australia menjadi miliknya.

Pemain pilihan kesembilan dari Sepanyol itu berjaya mara ke final dalam kejohanan utama buat kali pertama selepas 2014 setelah hampir dua tahun bergelut dengan prestasi akibat kecederaan.




Bagaimanapun, Nadal, 30, terpaksa mengerah keringat menyingkirkan pemain Bulgaria itu yang tidak mudah mengalah dalam setiap set.

Perlawanan berlanjutan sehingga lima set dalam tempoh empat jam 56 minit.




Nadal bakal merealisasikan impian untuk merangkul gelaran Grand Slam ke-15 dan trofi  kedua di Australia sekiranya dia berjaya menumpaskan 'musuh' lamanya Roger Federer di pentas akhir Ahad ini.

Kali terakhir Nadal-Federer berentap ialah pada final Terbuka Perancis 2011.

Manakala Federer yang mengumpul 17 gelaran Grand Slam setakat ini turut mengintai trofi juara Terbuka Australia untuk kali kelima.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan