Final Terbuka Australia: Serena-Venus Berentap Selepas 8 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

SERENA Williams perlu menewaskan kakaknya, Venus pada final Terbuka Australia untuk dinobatkan selaku pemegang 23 gelaran Grand Slam.

Serena melangkah ke perlawanan akhir apabila berjaya menundukkan Lucic-Baroni di Melbourne dengan catatan kemenangan 6-2 6-1.

Keputusan ini meletakkan kedua beradik itu bakal bersaing untuk kali ke lapan pada perlawanan akhir dan yang pertama sejak Wimbledon pada 2009.

Jika kemenangan memihak kepada Serena, bermakna dia mengatasi rekod Steffi Graf dengan 22 gelaran grand slam dan hanya selangkah lagi untuk menyamai kejayaan Margaret Court dengan 24 gelaran sama.

Terdahulu, Venus telah menewaskan rakan senegara, Coco Vandeweghe 6-7 (3/7), 6-2, 6-3 di Arena Rod Laver, sekali gus melayakkan diri ke saingan final dalam kejohanan besar yang pertama selepas lapan tahun.

Pada saingan final nanti akan menyaksikan Serena dan Venus, masing-masing berusia 35 dan 36 tahun berentap untuk gelaran juara wanita, manakala Roger Federer, 35 dan Rafael Nadal, 30 pula bagi kategori lelaki.

Serena menjadi pilihan selepas memenangi tujuh daripada lapan perlawanan ketika berhadapan kakaknya dan memperoleh kelebihan 16-11 secara keseluruhannya sejak pasangan dua beradik ini pertama kali berentap secara profesional 19 tahun lalu.

"Saya tidak menonton perlawanan dia sebelum ini tetapi saya bangga dengannya.

"Dia adalah inspirasi saya, kakak saya, dunia dan hidup saya.

"Dia ada segala-galanya dan tentu sekali saya gembira dengan kejayaannya dan untuk kami bersama-sama layak ke final adalah satu mimpi yang jadi kenyataan," kata Serena.


Tags / Kata Kunci: Serena Williams , Australia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan