Wawrinka, Vandeweghe Terus Kemaraan

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 5:37 PM

Stan Wawrinka.

(Ubah saiz teks)

STAN Wawrinka menundukkan Jo-Wilfried Tsonga 7-6(2) 6-4 6-3 untuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia.

Perlawanan yang berlangsung selama dua jam dan 15 minit itu mempamerkan aksi penuh mendebarkan antara kedua-dua pemain.

Wawrinka yang juga juara 2014 berjaya mengelak daripada melakukan lebih banyak kesilapan sebelum menamatkan perlawanan di set ketiga dengan penuh bergaya.

Pemain Switzerland itu akan bertemu sama ada rakan senegara, Roger Federer atau Mischa Zverev dari Jerman untuk merebut slot ke aksi final.

Dalam perlawanan berasingan, CoCo Vandeweghe melakukan kejutan apabila menewaskan Garbine Muguruza 6-4 6-0 untuk bertemu Venus William pada aksi separuh akhir.

Pemain berusia 25 tahun itu menguasai set pertama sebelum Muguruza melakukan kesilapan demi kesilapan.

Perlawanan itu berlangsung selama sejam dan 23 minit.

"Saya sebenarnya berasa gementar. Saya cuba untuk bermain dengan baik dan mengekalkan rentak permainan saya.

"Saya bangkit melakukan pukulan pembuka dan terus memberi tekanan kepada lawan," katanya.



iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan