Venus Williams Bertemu CoCo Vandeweghe Di Separuh Akhir

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 12:28 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG veteran tenis Amerika Syarikat (AS), Venus Williams semakin hampir memburu gelaran pertama Terbuka Australia apabila melayakkan diri ke pusingan separuh akhir buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun pada Selasa.

Pemain berusia 36 tahun itu bagaimanapun terpaksa berhempas pulas untuk menang ke atas bintang Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova menerusi kemenangan straight set dengan keputusan 6-4, 7-6 (7-3).

Kemenangan itu juga menyaksikan Williams menjadi pemain wanita tertua melayakkan diri ke pusingan separuh akhir, sekali gus menjadi pencapaian terbaik sejak 2009.

Pemain pilihan kedua terbabit mengambil masa satu jam 48 minit sebelum menewaskan Pavlyuchenkova dan berpeluang memenangi Terbuka Australia buat kali pertama jika mengekalkan rentak cemerlangnya.

Dia akan berdepan cabaran pemain senegaranya, CoCo Vandeweghe yang melakar kejutan menewaskan bintang Sepanyol, Garbine Muguraza, 6-4 6-0.

Vandeweghe yang tidak diletakkan sebagai pemain pilihan, beraksi cemerlanga dengan menewaskan pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, Angelique Kerber.

Sementara itu, adik Williams, Serena Williams akan bertemu pemain Britain, Johanna Konta dalam aksi suku akhir untuk memburu slot ke separuh akhir.

Satu lagi pertembungan menyaksikan bintang Republik Czech, Karolina Plisokva bertemu Mirjana Lucic-Baroni dari Croatia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan