Terbuka Australia: Wawrinka Sekat Kemaraan Seppi

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 4:50 PM

(Ubah saiz teks)

PELUANG Stan Wawrinka untuk menjulang trofi Terbuka Australia masih terbuka apabila dia mara ke pusingan suku akhir selepas menundukkan pemain Itali, Andreas Seppi 7-6(2) 7-6(4) 7-6(4) di Melbourne Park.

Juara 2014 itu berdepan beberapa halangan pada aksi pembukaan tapi berjaya menjinakkan Seppi yang menduduki ranking ke-89 dunia pada pusingan keempat petang Ahad.

Dengan ketiadaan pemain No.1 dunia, Andy Murray yang tewas mengejut di tangan pemain bukan pilihan, peluang Wawrinka untuk merangkul grand slam keempatnya semakin cerah.

Susulan kemenangan itu, Wawrinka kini menjadi pemain pilihan utama kejohanan itu.

Dia akan bertemu Dan Evans atau Jo-Wilfried Tsong untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Tags / Kata Kunci: Stan Wawrinka , Terbuka Australia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan