Terbuka Australia: Venus Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 6:26 PM

Venus Williams.

(Ubah saiz teks)

VENUS Williams, kakak kepada Serena menempah tiket ke suku akhir Terbuka Australia selepas menundukkan Mona Barthel 6-3 7-5.

Pemain berusia 36 tahun itu terpaksa menunggu permainan ke-11 di set kedua untuk meneruskan kemaraannya.

"Saya fikir saya dilahirkan untuk bermain dalam perlawanan ini. Saya fikir sebegitu.

"Dia (Barthel) bermain dengan bagus hari ini, terlalu banyak pukulan balas dan saya benar-benar dicabar," katanya.

Venus akan bertemu Anastasia Pavlyuchenkova yang berjaya menyingkirkan pemain pilihan kelapan, Svetlana Kuznetsova 6-3, 6-3 pada pusingan keempat.


Tags / Kata Kunci: Venus Williams , Terbuka Australia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan