Terbuka Australia: Murray Disingkir Pemain Bukan Pilihan

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 4:04 PM

Andy Murray. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tenis nombor 1 dunia, Andy Murray, gagal mara ke suku akhir Terbuka Australia 2017 setelah kalah empat set 5-7 7-5 2-6 4-6 kepada pemain Jerman, Mischa Zverev, Ahad.

Kekalahan ini menjadikan Terbuka Australia 'hilang' dua pemain terbaik dunia selepas Novak Djokovic terlebih dahulu tersingkir pada babak sebelumnya. Djokovic juga disingkirkan pemain bukan pilihan, Daniel Istomin dalam pusingan kedua.

Murray memulakan perlawanan dengan baik dan mematahkan servis Zverev untuk unggul 3-1 terlebih dahulu di set pertama.

Tetapi Zverev, pemain ranking ke-50 berjaya mengikat kedudukan menjadi 3-3.

Murray kemudian kembali mematahkan servis Zverev dengan permainan di depan jaring sehingga mendahului 5-3, tetapi mengejutkan apabila Zverev kemudian merebut empat mata berikutnya dengan permainan agresif 'serve and volley'.


Murray kalah 5-7 pada set pertama.

Di set kedua, Murray tak memberikan peluang kepada lawannya dan terus unggul 3-0 dan kemudian 4-2. Zverev sempat menyamakan kedudukan menjadi 4-4 namun Murray mampu menang set kedua yang agak mencabar dengan skor 7-5.

Awal set ketiga turut sengit dan masing-masing berhati-hati melakukan servis. Namun, ketika kedudukan terikat 2-2, Zverev terus mendapatkan mata dan mengikat Murray pada kedudukan 2-6.

Di set penentuan, Zverev berterusan mematahkan servis Murray untuk unggul 2-0. Murray kemudian bangkit dan memperkecil perbezaan mata menjadi 2-3.

Tetapi Zverev yang turun dengan aksi meyakinkan tidak mahu memberikan peluang untuk Murray bangkit dan akhirnya menang 4-6.

Zverev akan bertemu dengan Roger Federer atau Kei Nishikori dalam suku akhir.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan