Kian Meng-Pei Jing Juara Beregu Campuran

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 6:40 PM

Kian Meng dan Pei Jing bergambar dengan hadiah mereka selepas menjuarai kategori beregu campuran Victor Far East Malaysia Masters di Stadium Tertutup Sibu pada Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SIBU: Gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menebus kekecewaan tahun lalu apabila muncul juara beregu campuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Stadium Tertutup Sibu, di sini Ahad.

Beregu nombor sembilan dunia itu jelas lebih berpengalaman daripada rakan sepasukan mereka, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai apabila menamatkan aksi final itu dengan 21-17, 21-9 dalam masa 35 minit.

Namun harapan menyaksikan satu lagi kejayaan pemain negara tidak kesampaian apabila beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani tunduk kepada Berry Angriawan-Hardianto dari Indonesia 19-21, 12-21.

Bagi Pei Jing, kejayaan sulung tahun ini diharap menjadi titik permulaan untuk mencipta lebih banyak kejayaan.

"Saya tidak menjangka kami mampu muncul juara kerana belum berada pada prestasi terbaik ketika menyertainya. Namun kami lebih konsisten," kata Pei Jing yang bersama Kian Meng sekadar muncul naib juara tahun lalu.

Kian Meng pula mengakui pengalaman menjadi kelebihan mereka dalam aksi final itu walaupun Soon Huat-Shevon cuba memberi tentangan.

Bagi Sze Fei-Nur Izzuddin yang juga beregu nombor 60 dunia, faktor itu turut menjadi perbezaan apabila gagal mengambil kesempatan daripada lawan yang lebih berpengalaman walaupun baru digandingkan di pentas antarabangsa.

Berry dan Hardinto sebelum ini, masing-masing berpasangan dengan Rian Agung Saputra dan Kenas Adi Haryanto dengan ranking terbaik 21 dan 26 dunia, tetapi digandingkan dalam usaha Indonesia mencari gandingan terbaik.

Sementara itu, pilihan pertama perseorangan lelaki, Angus Ng Ka Long dari Hong Kong muncul juara selepas pemain veteran Korea Selatan, Lee Hyun Il menarik diri di set ketiga berikutan kecederaan pada mata kirinya. Angus menang 14-21, 21-15, 10-9.

Pilihan utama perseorangan wanita, Saina Nehwal dari India pula menang 22-20, 22-20 ke atas pemain Thailand Pornpawee Chochuwong.

Gandingan Jongkolphan Kittitharakul-Rawinda Prajongjai dari Thailand menjuarai kategori beregu wanita selepas menewaskan Poon Lok Yan-Tse Ying Suet dari Hong Kong 21-17, 21-9.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir itu ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dan Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong dan pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid. - BERNAMA



iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan