Terbuka Australia: Istomin Buat Kejutan Singkir Djokovic

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 5:36 PM

Djokovic (kiri) berjabat tangan dengan Istomin sebaik sahaja perlawanan pusingan kedua pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

SAINGAN Terbuka Australia terus menyaksikan kejutan apabila juara  bertahan kejohanan ini, Novak Djokovic disingkir pada pusingan kedua dengan keputusan 7-6, 5-7, 2-6, 7-6, 6-4 oleh pemain dari Rusia.

Lebih mengecewakan, Djokovic ditewaskan oleh pemain bukan pilihan yang berada di ranking ke-117 dunia, Denis Istomin yang ternyata mengejutkan peminat-peminat tenis dunia.

Istomin,30, yang mara ke pusingan utama melalui wildcard turut mencatat sejarah baharu Grand Slam dengan menewaskan 'musuh' utama Andy Murray dengan lima set dalam tempoh empat jam 50 minit.

"Pertamanya, saya simpati dengan Novak. Saya bermain sangat baik hari ini. 

"Maksudnya, saya sendiri terkejut dengan aksi hari ini. Saya ingin berterima kasih kepada pasukan, yang telah melakukan tugas dengan baik. Menakjubkan.

"Terlalu banyak emosi yang bermain di fikiran saya sekarang dan tidak mampu untuk menahannya, namun terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan kepada saya," jelasnya selepas perlawanan.

Sebagai rekod,  Djokovic,29, tersingkir pada pusingan kedua buat pertama kali selepas Wimbledon 2008.

Manakala dia tewas dalam pusingan pertama Terbuka Australia buat julung kalinya ketika usianya 18 tahun pada tahun 2006.

Istomin bakal bertemu dengan pemain Sepanyol, Pablo Carreno Busta pada aksi pusingann ketiga selepas ini.

Tags / Kata Kunci: Vovak Djokovic , Denis Istomin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan