Terbuka Australia: Evans Buat Kejutan Singkir Cilic

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 7:36 PM

(Ubah saiz teks)

AKSI Terbuka Australia semakin menarik pada hari ketiga kejohanan dengan menyaksikan Dan Evans membuat kejutan dengan menyingkirkan pemain pilihan ketujuh, Marin Cilic pada pusingan kedua, Rabu.

Evans tewas pada set pertama kepada pemain Croatia itu, namun bangkit mengheret perlawanan sehingga set keempat dengan mencatat keputusan 3-6 7-5 6-3 6-3 dalam tempoh tiga jam.

Pemain ketiga Britain itu mara ke final di Sydney minggu lalu dan tidak pernah melangkah kaki ke pusingan kedua dalam aksi Terbuka Australia sebelum ini.

Malah pencapaian terbaiknya dalam aksi Grand Slam apabila layak ke pusingan ketiga pada Terbuka Amerika Syarikat dan Wimbledon musim lalu.

Dua tahun lalu, Evans berjaya menempatkan diri dalam kelompok 700 dunia, dan mempamerkan peningkatan prestasi yang baik permulaan musim ini.

Evans bakal melangkah kaki ke pusingan ketiga sama ada bertemu pemain pilihan ke-27 Bernard Tomic atau Victor Estrella Burgos.

"Saya gagal menyelesaikan tugas dengan baik sebelum ini dalam pertandingan besar dan kini terlintas untuk berbuat demikian," jelasnya ringkas kepada Eurosport.

Tags / Kata Kunci: Terbuka Australia , Dan Evans , Marin Cilic

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan