Terbuka Australia: Murray Mara Ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 4:21 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN No.1 dunia, Andy Murray melangkah ke pusingan kedua Terbuka Australia selepas menang straight set ke atas Illya Marcheko di Rod Laver Arena, petang Isnin.

Murray menang dengan 7-5 7-6 (7/5) 6-2.

Pemain Britain itu akan berdepan Andrey Rublev dari Rusia pada pusingan kedua selepas menewaskan Yen-Hsun Lu.

Dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama, pemain No.4 Britain, Aljaz Bedene tersingkir awal selepas tewas 7-6 (9-7) 7-5 0-6 6-3 kepada Victor Estrella Burgos.

Burgos mengambil masa selama tiga jam dan sembilan minit untuk menamatkan perlawanan itu.

Tags / Kata Kunci: Andy Murray , Terbuka Australia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan