Bertaruh Perlawanan, Puttergill Digantung Enam Bulan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 11:01 AM

Calum Puttergill.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tenis Australia, Calum Puttergill digantung selama enam bulan dan didenda AS$10,000 (RM44, 625) kerana terlibat dalam pertaruhan perlawanan, lapor Unit Integriti Tenis (TIU).

Puttergill yang menduduki ranking ke-1207 dunia menggunakan dua akaun untuk bertaruh dalam 291 perlawanan antara Mei 2012 dan November 2014.

Namun ia tidak melibatkan sebarang perlawanan membabitkan dirinya.

Dalam tempoh tiga bulan terakhir hukuman itu dan denda AS$5,000 digantung dengan syarat pemain berusia 23 tahun itu tidak melakukan sebarang kesalahan serupa sebelum 11 Julai 2017.

TIU mendedahkan laporan tahunan 2016 awal minggu ini dengan menunjukkan peningkatan dalam jumlah siasatan dan pendakwaan.

Sukan tenis dikejutkan dengan laporan tersebut pada hari pertama pembukaan Terbuka Australia yang mendakwa unit itu gagal menangani skandal mengatur perlawanan.

Kejohanan Terbuka Australia tahun ini berlangsung di Melbourne Park pada Isnin.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan