Djokovic Intai Gelaran Ketujuh Terbuka Australia

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 10:45 AM

(Ubah saiz teks)

JUARA bertahan Terbuka Australia, Novak Djokovic bakal membuka tirai perlawanan bertemu Fernando Verdasco dalam misi meraih gelaran ketujuh kejohanan ini.

Bintang Serbia itu dijangka berdepan laluan sengit pusingan pertama walaupun Verdasco tersingkir awal pada aksi musim lalu kepada rakan senegaranya dari Sepanyol, Rafael Nadal.

Sekiranya berjaya pada pusingan pertama ini, pemain No.2 dunia itu bakal dijangka sekali lagi berdepan dengan laluan sukar Grigor Dimitrov pada pusingan keempat.

Djokovic,29, menjuarai kejohanan ini pada tahun 2008, 2011,2012, 2013, 2015 dan 2016.

Pemain Bulgaria itu dilihat berada dalam aksi konsisten selepas menjuarai kejohanan Antarabangsa Brisbane minggu lalu.

Sementara itu, pemain No.1 dunia, Any Murray bakal berdepan dengan pemain Ukraine, Ilya marchenko pada aksi pembukaan yang menyaksikan jaguh Britain ini cuba mencari gelaran sulung Terbuka Australia ini yang bakal bermula pada Isnin ini.

Andy Murray


Murray sebelum ini ditewaskan Djokovic dalam aksi sebelum ini termasuk final musim lalu dan dia dijangka akan berdepan dengan pemain Jepun Nishikori atau Roger Federer sekiranya sukses pada saingan awal.

Federer yang kembali beraksi selepas berehat panjang kerana kecederaan kini menduduki tangga ke-17 dunia layak aksi grand slam selepas menang dalam saingann kelayakan sebelum ini.

Bintang Switzerland ini merancang untuk merangkul gelaran grand slam ke-18, namun terpaksa berdepan dengan pemain pilihan kelima Nishikiri pada pusingan ketiga nanti.

Roger Federer


Selain itu, juara 2014, Stan Wawrinka diundi bertemu dengan pemain kental Slovakia Martin Klizan dan kemungkinan juga dijangka layak ke pusingan keempat bertemu pemain muda tuan rumah yang semakin meningkat naik, Nick Kyrgios.

Dalam pada itu, bagi kategori wanita menyaksikan juara bertahan, Angelique Kerber yang menewaskan Williams tahun lalu akan menentang pemain di ranking ke-64 dari Ukraine, Lesia Tsurenko.

Pemain No. 1 dunia ini mengintai gelaran grand slam ketiganya selepas berjaya merangkul gelaran pertama  pada Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.

Manakala juara Terbuka Perancis, Garbine Mugurusa yang menjadi pemain pilihan ketujuh dijadualkan bertemu dengan pemain di ranking ke-109 dari New Zealand Marina Erakovic.

Dan seorang lagi pemain yang menjadi tumpuan Agnieszka Radwanksa bertemu dengan Tsvetana Pironkova.

Tags / Kata Kunci: Terbuka Australia 2017

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan