Sharapova Kembali Ke Gelanggang April Ini

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 10:21 PM

Maria Sharapova.

(Ubah saiz teks)

BINTANG tenis Rusia, Maria Sharapova akan kembali beraksi pada Grand Prix Porsche di Stuttgart, April depan selepas hukuman penggantungan akibat doping berakhir.

Bekas pemain No.1 dunia itu menjalani hukuman penggantungan 15 bulan selepas didapati positif bahan terlarang pada Januari tahun lalu.

Dia layak beraksi semula pada 26 April depan.

Kejohanan di Stuttgart itu merupakan penampilan pertamanya tetapi penyertaan Sharapova diragui kerana temasya tersebut bermula dua hari sebelum tempoh hukuman penggantungannya berakhir.

Sharapova mungkin tidak akan dibenarkan menghadiri kejohanan tersebut sehingga Rabu, hari yang ditunggu-tunggu untuk penampilan semulanya.

"Saya amat gembira untuk kembali beraksi pada salah satu kejohanan kegemaran saya. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan peminat-peminat saya dan kembali melakukan apa yang saya suka," katanya.

Sharapova akan kembali ke gelanggang tenis tanpa kedudukan ranking dan perlu beraksi atas tiket wildcard.

Stuttgart merupakan salah satu pencapaian terbaik Sharapova di mana dia memenangi kejohanan itu buat kali ketiga berturut-turut pada 2012 hingga 2014.

Tags / Kata Kunci: Maria Sharapova , doping , GP Stuttgart

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan