Murray Bertemu Djokovic Di Final Terbuka Qatar

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 8:08 AM

Andy Murray. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

ANDY Murray akan menentang pemain nombor dua dunia Novak Djokovic dalam final Terbuka Qatar, Ahad.


Perlawanan ini akan menjadi pertemuan ke-19 antara Murray dengan Djokovic di final ATP.

Murray mara ke final setelah mengalahkan pemain Czech Tomas Berdych di babak separuh akhir, awal pagi Sabtu.

Murray yang kini menyandang gelaran pemain nombor satu dunia menang mudah dua set 6-3 dan 6-4 dalam perlawanan menentang Berdych.

Kecederaan pergelangan kaki yang dialami Berdych membantu mempermudahkan langkah Murray merebut kemenangan set pertama daripada pemain nombor 10 dunia itu.


"Saya bermain dengannya akhir tahun lepas...dan dia bermain sangat agresif, jadi saya sedikit menjangkakannya pada perlawanan ini," kata Murray selepas perlawanan.


"Hujung tahun lepas adalah satu cara yang baik untuk saya menamatkan tahun ini...ia merupakan minggu yang sempurna bagi saya membuat persediaan untuk Terbuka Australia."

Sementara itu, Djokovic menempah tiket ke final selepas perlawanan sengit menentang Fernando Verdasco dari Sepanyol.


Djokovic dipaksa bermain tiga set 4-6, 7-6(7-9), dan 6-3 oleh Verdasco sebelum memastikan kemenangannya.
Tags / Kata Kunci: Andy Murray , Djokoviv , Terbuka Qatar

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan