Chong Wei Idam kejuaraan Dunia Sebelum Gantung Raket

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 11:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei idam untuk menjuarai Kejuaraan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland Ogos depan sebelum bersara.

Jaguh badminton negara itu berkata tahun 2017 merupakan tahun terakhir buatnya merealisasikan impian menjuarai kejohanan berkenaan yang belum pernah dimenanginya.

"Fokus saya pada tahun 2017 ini adalah untuk memenangi 'Kejuaraan Dunia' sebelum saya menggantung raket buat selamanya. Semangat saya tidak pernah luntur dan itu menjadi kunci utama untuk saya mengejar impian tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kejohanan SS Purple League yang menyaksikan Chong Wei beraksi di dalam kategori beregu campuran bergandingan bersama pemain China, Zhao Yunlei, Sabtu malam.

Mewakili Petaling BC, pasangan berkenaan tidak menghampakan penonton yanghadir setelah mudah menewaskan pasukan Ampang Jaya BC yang diwakili Tan WeiHan/Terry Hee Yong dengan keputusan 11-6,11-8, 11-4.

Dalam pada itu, Chong Wei berkata beliau hanya akan menyertai beberapa kejohanan yang menjadi tumpuan sahaja pada tahun ini antaranya Terbuka England, Piala Sudirman dan Terbuka Malaysia.

"Terbuka Indonesia juga menjadi sasaran saya pada tahun ini kerana pada edisi sebelum ini amat susah untuk saya memenanginya. Saya sudah menang enam kali dalam kejohanan itu dan Taufiq Hidayat juga memenangi enam. Sasaran saya untuk pecahkan rekod berkenaan," katanya.

Untuk rekod, Chong Wei sekadar menjadi tiga kali naib juara dalam Kejohanan Dunia iaitu pada tahun 2011 dan 2013, tewas di tangan Lin Dan dan terbaharu pada 2015, beliau tewas kepada Chen Long dari China. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Kejuaraan Dunia

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan